Anwar lancar Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Pulau Pinang

LocalFootball
27 May 2026 • 9:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Anwar lancar Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melancarkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang, sebagai usaha memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi serta mencungkil bakat muda negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata akademi berkenaan bukan sekadar tempat latihan, sebaliknya medan membina disiplin, semangat juang dan keyakinan dalam kalangan generasi muda.

“Saya percaya masa depan sukan negara bergantung kepada usaha membentuk bakat muda dengan nilai kerja keras, adab dan iltizam yang tinggi,” kata beliau.

Anwar turut berharap akademi itu dapat melahirkan lebih banyak bakat muda, yang mampu mengharumkan nama negara di pentas lebih tinggi.

Faisal, yang turut dikenali sebagai Mickey, merupakan antara tonggak serangan utama skuad Harimau Malaya dan Selangor FC, terkenal dengan aksi lincah dan prestasi konsisten pada peringkat domestik serta antarabangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved