Anwar mahu runding semula peletakan jawatan Anthony Loke

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 10:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar mahu runding semula peletakan jawatan Anthony Loke
Anwar berucap pada program Sembang Santai di Ayer Molek pada Khamis. Foto Bernama

HANG TUAH JAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebaliknya ingin berunding terlebih dahulu.

Malah, beliau secara berseloroh membenarkan jika Setiausaha Agung DAP itu untuk bercuti sementara waktu.

"Saya belum terima peletakan jawatan Anthony Loke. Hendak cuti kejap ok, tapi hendak letak jawatan kena runding semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Grand Finale: Jelajah Harapan, Melaka Rumah Kita di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, di sini pada Khamis.

Anthony pada Selasa memaklumkan peletakan jawatan beliau berkuat kuasa serta-merta, selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028.

Tambah Anwar, tiada sebab bagi menteri yang bersih dan amanah untuk meletakkan jawatan.

"Kita lantik menteri, menteri itu amanah, bersih. Menteri itu kerja kuat. Menteri itu beri banyak cadangan, projek, program untuk memudahkan perjalanan rakyat dan juga pemandu-pemandu teksi.

"Beliau antara menteri paling kuat bekerja, diterima baik oleh pegawai-pegawai di kementerian. Jadi, sebab itu saya kata orang macam ini yang baik, dia orang suruh berhenti. Yang teruk, dia suruh kekal. Apakah dunia ini sudah terbalik?” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved