
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah di Bandar Seri Begawan minggu depan.
Pertemuan itu akan berlangsung sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Ke-27 antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam.
Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan selepas beliau menerima panggilan telefon daripada Sultan Hassanal Bolkiah yang bertanyakan khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.
“Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Kebawah Duli Tuanku.
“Saya turut mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Anwar, beliau turut menyatakan kesediaan untuk menghadap Sultan Brunei pada minggu depan sempena ALC ke-27 yang menjadi platform penting bagi kedua-dua negara membincangkan perkembangan hubungan dua hala.-KOSMO! ONLINE
The post Anwar menghadap Sultan Brunei minggu depan appeared first on Kosmo Digital.


