Pernah Jadi Juara Tilawah Al-Quran, Ini 10 Fakta Pengiran Raabi’atul, Isteri Pengiran Muda Abdul Malik Yang Gelaran Dirajanya Ditarik Balik

10 Aug 2026 • 2:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Berperwatakan lembut dan merupakan ibu kepada empat cahaya mata, Pengiran Raabi’atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah merupakan antara individu dalam lingkungan kerabat diraja Brunei Darussalam yang sering mendapat perhatian warga maya.

Pengiran Raabi’atul mendirikan rumah tangga dengan Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berusia 22 tahun.

Advertisement

pengiran

Di sebalik perhatian terhadap kehidupannya sebagai isteri kepada putera Sultan Brunei, Pengiran Raabi’atul juga mempunyai latar belakang pendidikan agama serta kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.

10 fakta mengenai Pengiran Raabi’atul

1. Pengiran Raabi’atul merupakan anak kedua daripada 10 orang adik-beradik dan mempunyai keturunan bangsawan daripada kedua-dua belah ibu bapanya.

2. Sejak kecil, beliau mendapat asas pendidikan agama daripada ibunya yang merupakan seorang guru agama.

Pengiran

3. Kemahirannya dalam bacaan al-Quran menyaksikan Pengiran Raabi’atul menjuarai pertandingan membaca al-Quran pada tahun 2005 dan 2008.

4. Beliau turut memenangi gelaran Pembaca Al-Quran Terbaik ketika mewakili Brunei dalam pertandingan Muslimah World 2013 di Indonesia.

5. Pada 11 Januari 2015, pihak istana mengumumkan pertunangan Pengiran Raabi’atul yang ketika itu berusia 22 tahun dengan Pengiran Muda ‘Abdul Malik, anakanda kelima Sultan Brunei.

6. Pasangan berkenaan kemudiannya diraikan dalam rangkaian istiadat perkahwinan diraja selama 11 hari, bermula 5 hingga 15 April 2015.

Pengiran

7. Selepas istiadat pernikahan pada 12 April 2015, Pengiran Raabi’atul dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri.

8. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan empat orang puteri.

9. Pengiran Raabi’atul juga mempunyai latar belakang dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat serta dilaporkan memiliki beberapa sijil kemahiran termasuk Internet and Computing Core Certification, Microsoft Office Specialist dan Adobe Certified Certificate.

10. Beliau difahamkan pernah bekerja dalam bidang analisis data sistem pada 2012 sebelum menjadi pengajar dalam bidang teknologi maklumat pada 2013.

Gelaran ditarik balik serta-merta

Bagaimanapun, nama Pengiran Raabi’atul kembali menjadi perhatian selepas gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri yang dikurniakan kepadanya ditarik balik serta-merta.

Gelaran ‘Yang Amat Mulia Pengiran’ Menantu Sultan Brunei Ditarik Balik Serta Merta -“Cemar Nama Baik Dan Tidak Hormat Sultan Brunei”

Menurut pengumuman yang dilaporkan RTB News, keputusan tersebut dibuat atas titah Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pernah Jadi Juara Tilawah Al-Quran, Ini 10 Fakta Pengiran Raabi’atul, Isteri Pengiran Muda Abdul Malik Yang Gelaran Dirajanya Ditarik Balik2026-08-08 08:50:50

Gelaran 'Yang Amat Mulia Pengiran' Menantu Sultan Brunei Ditarik Balik Serta Merta -"Cemar Nama Baik Dan Tidak Hormat Sultan Brunei"

 

The post Pernah Jadi Juara Tilawah Al-Quran, Ini 10 Fakta Pengiran Raabi’atul, Isteri Pengiran Muda Abdul Malik Yang Gelaran Dirajanya Ditarik Balik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved