Anwar Mohon Maaf Atas Masalah Penggunaan Aplikasi TuJu

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 7:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Anwar Mohon Maaf Atas Masalah Penggunaan Aplikasi TuJu

AMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai atas gangguan dan kesulitan ketika menggunakan aplikasi navigasi TuJu, susulan kelewatan dalam menambah baik perkhidmatan itu.

Beliau berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengakui aplikasi berkenaan masih mempunyai kelemahan kerana pembangunannya belum lengkap.

TuJu disyorkan kerajaan sebagai alternatif kepada Waze susulan kebimbangan berkaitan keselamatan negara dan perlindungan data pengguna.

“Saya menerima pengakuan daripada LLM bahawa TuJu mempunyai kelemahan kerana aplikasi itu belum lengkap. Memang benar TuJu mempunyai kelemahan, tetapi buat masa ini, saya tidak faham mengapa perkara ini menjadi kontroversi.

“Kontroversi ini berkaitan kelewatan menambah baik aplikasi alternatif itu. Saya bersetuju, tetapi keputusan kita bukanlah isu kontroversi. Ini soal keselamatan negara. Pelik apabila masih ada pihak yang terus membangkitkan isu ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Permohonan maaf itu menyusul selepas pengguna mengkritik TuJu berikutan masalah yang dihadapi ketika menggunakan aplikasi berkenaan susulan langkah kerajaan mengesyorkan alternatif kepada Waze.

Anwar mengakui aplikasi pengganti itu masih belum dibangunkan sepenuhnya, namun menegaskan aspek keselamatan kekal menjadi pertimbangan utama kerajaan dalam membuat keputusan berkenaan. - Getaran, 23 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved