TuJu Minta Maaf – Sasar Pemulihan Dan Penambah-Baikkan Dalam Masa Dua Minggu Lagi

Technology
23 Oct 2026 • 10:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pembangun disebalik aplikasi TuJu kini mengeluarkan kenyataan rasmi melalui platform sosial, memohon maaf atas gangguan pada fungsi navigasi pada aplikasi berkenaan sejak beberapa hari yang lepas. Selari dengannya, pasukan pembangun untuk aplikasi berkenaan sedang dalam proses melaksanakan kerja pemulihan dan penambah-baikkan, dan menyasarkan ia akan selesai selewat-lewatnya 6 November 2026.

Image from: TuJu Minta Maaf – Sasar Pemulihan Dan Penambah-Baikkan Dalam Masa Dua Minggu Lagi

Ini sekaligus dilihat aplikasi TuJu akan kembali stabil dan lancar digunakan dalam masa 2 minggu lagi. Perkembangan semasa berkenaan aplikasi berkenaan turut akan dikongsikan melalui saluran rasmi TuJu.

Image from: TuJu Minta Maaf – Sasar Pemulihan Dan Penambah-Baikkan Dalam Masa Dua Minggu Lagi

Aplikasi TuJu dilihat telah dimuat-turun lebih 700,000 kali dalam minggu ini sahaja, sekaligus meningkatkan kapasiti penggunaan dan lain-lain. Permasalahan menggunakan aplikasi tersebut turut membuka ruang untuk pelbagai pembangun membangunkan aplikasi navigasi masing-masing. Selain TuJu, terdapat beberapa aplikasi navigasi lain turut sedang dalam pembangunan aktif, dan salah satu yang sedia digunakan adalah Pintaz.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved