TuJu mohon maaf, gangguan navigasi dijangka pulih 6 November

LocalTechnology
23 Oct 2026 • 9:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: TuJu mohon maaf, gangguan navigasi dijangka pulih 6 November

PETALING JAYA: Fungsi navigasi aplikasi TuJu yang mengalami gangguan sejak beberapa hari lalu dijangka pulih selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu lagi iaitu pada 6 November depan.

Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (PCSB) berkata, pihak pengurusan TuJu memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan berikutan gangguan itu dan memaklumkan pasukan teknikal sedang melaksanakan kerja pemulihan serta penambahbaikan.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah memastikan fungsi navigasi kembali beroperasi dengan stabil dan lancar, selain memenuhi keperluan perjalanan pengguna.

“Perkembangan kerja pemulihan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi TuJu, manakala fungsi lain dalam aplikasi berkenaan kekal boleh digunakan seperti biasa.

“Pihak pengurusan TuJu turut menghargai pandangan, teguran dan maklum balas pengguna yang membantu mengenal pasti masalah serta melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.

“TuJu juga menyatakan komitmen untuk terus memenuhi harapan pengguna agar aplikasi navigasi itu menjadi antara yang terbaik dengan mengutamakan keselamatan data rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

The post TuJu mohon maaf, gangguan navigasi dijangka pulih 6 November appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved