Anwar mohon maaf tidak dapat sertai sidang khas RCI TH

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar mohon maaf tidak dapat sertai sidang khas RCI TH

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat menyertai sidang khas bagi membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) selain mendoakan agar persidangan berjalan lancar.

Setiausaha Akhbar Kanan Kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam itu terus dipelihara.

“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 pada Isnin.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini tadi.

Semalam, Anwar menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.

Susulan itu, beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar mohon maaf tidak dapat sertai sidang khas RCI TH appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved