Jangan risau pendeposit TH! Urusan zakat sah, dilaksana ikut syarak – Zulkifli

LocalBusiness & Finance
11 Aug 2026 • 6:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu bimbang mengenai status pelunasan zakat kerana kewajipan itu telah dilaksanakan dengan sempurna dan berlandaskan hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH memutuskan pembayaran zakat bagi pihak pendeposit sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah serta selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

“Keseluruhan operasi dan tadbir urus zakat TH adalah berpandukan Garis Panduan Zakat, telah diluluskan dan dipantau oleh JPS TH yang dianggotai pakar-pakar syariah dan kewangan Islam.
“JPS TH dalam mesyuarat pada 2 September 2020 berpandangan bahawa status pembayaran zakat bagi pendeposit pada tahun-tahun sebelum konsep wakalah adalah sah dan mematuhi hukum syarak,” katanya ketika memberi penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, pada Selasa.

Image from: Jangan risau pendeposit TH! Urusan zakat sah, dilaksana ikut syarak – Zulkifli

Menurut Zulkifli, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 turut menetapkan bahawa TH ialah institusi yang tidak wajib zakat ke atasnya, namun berkewajipan membayar zakat bagi pihak pendeposit.

Malah, ujarnya, TH telah menunaikan kewajipan tersebut secara konsisten selaras dengan ketetapan berkenaan.

Image from: Jangan risau pendeposit TH! Urusan zakat sah, dilaksana ikut syarak – Zulkifli

Artikel lain: RCI Tabung Haji: Tiada aset dijual kepada bukan Islam atau China -Zulkifli

Berhubung pembayaran zakat bagi tahun-tahun semasa kontrak Wadiah Yad Damanah digunakan dari 2016 hingga 2019, beliau berkata, zakat yang dikeluarkan adalah zakat perniagaan secara khultah bagi pihak pendeposit ke atas kumpulan wang pendeposit yang diniagakan.

Image from: Jangan risau pendeposit TH! Urusan zakat sah, dilaksana ikut syarak – Zulkifli

Sementara itu, mengenai syor RCI berkaitan perubahan dasar pengurusan haji, terutama kelayakan haji dan tempoh menunggu giliran, Zulkifli berkata, TH kini berada pada peringkat akhir memperhalusi penambahbaikan polisi pengurusan haji sebelum diumumkan dalam masa terdekat.

“Penambahbaikan akan melibatkan pelan menunaikan haji yang lebih jelas, terancang dan sistematik sejajar dengan konsep istito’ah atau kemampuan dan penekanan kepada kesiapsiagaan awal,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved