Anwar mohon rakyat Melaka beri kepercayaan kepada calon HARAPAN

LocalPolitics
2 Nov 2026 • 9:44 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Melaka memberikan kepercayaan kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bagi memastikan negeri itu dipimpin oleh wakil rakyat berwibawa, bersih dan beramanah.

Beliau berkata, HARAPAN memilih pendekatan merangkul kekuatan masyarakat berbilang kaum di sebalik sentimen perkauman sempit yang masih dimainkan pihak tertentu.

“Tatakala berdepan dengan sentimen perkauman sempit, HARAPAN memilih untuk merangkul kekuatan orang Melayu, Cina dan India dengan menampilkan calon yang berwibawa, bersih dan beramanah untuk membawa suara rakyat serta memikul tanggungjawab di Melaka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Image from: Anwar mohon rakyat Melaka beri kepercayaan kepada calon HARAPAN

Anwar yang juga Pengerusi HARAPAN berkata, gabungan itu menawarkan kerja keras, kepimpinan berintegriti serta pencapaian yang terbukti bagi membela nasib rakyat dan memajukan negeri berkenaan.

“Justeru dengan penuh rasa insaf dan rendah hati, saya memohon agar rakyat Melaka memberikan kepercayaan kepada pasukan HARAPAN yang menawarkan kerja keras, kepimpinan berintegriti serta pencapaian yang telah terbukti untuk membela rakyat dan memajukan negeri.
“Semoga Allah SWT menerangi sanubari saudara dan saudari dalam membuat pilihan, serta memberikan kekuatan kepada HARAPAN untuk berbakti sebaik-baiknya,” ujarnya.

Terdahulu, HARAPAN mengumumkan akan bertanding di 21 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka ke-16.

Image from: Anwar mohon rakyat Melaka beri kepercayaan kepada calon HARAPAN

Daripada jumlah itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di sembilan kerusi, DAP (tujuh) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebanyak lima kerusi.

DUN Melaka dibubarkan pada 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16 yang dijadualkan berlangsung pada 14 November ini.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved