Anwar pelawa Ketua Menteri Kerala kunjungi Malaysia

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 8:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar pelawa Ketua Menteri Kerala kunjungi Malaysia

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Ketua Menteri Kerala, V.D. Satheesan untuk melakukan kunjungan ke Malaysia bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Anwar berkata, undangan itu disampaikan ketika menerima kunjungan hormat Satheesan dalam rangka lawatannya ke Kerala, India hari ini.

Menurut beliau, pertemuan tersebut membuka ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi besar Kerala dalam memperkukuh hubungan Malaysia-India, khususnya menerusi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

“Kami turut meneroka peluang kerjasama dalam bidang ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan dan sektor bernilai tinggi.

“Hubungan perniagaan, pertukaran rakyat dengan rakyat serta jalinan sejarah dan budaya yang erat juga perlu terus diperkasa,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, kunjungan Satheesan ke Malaysia kelak diharap dapat meneruskan perbincangan yang telah dimulakan serta menterjemahkan potensi kerjasama kepada bentuk yang lebih konkrit.

Katanya, kerjasama yang diperkukuh itu bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia dan India, malah mampu membawa limpahan positif kepada rakyat kedua-dua negara.

“Saya turut mengundang CM Satheesan untuk berkunjung ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan ini dan menterjemahkan segala potensi yang ada kepada kerjasama yang lebih konkrit serta memanfaatkan rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Anwar yang meneruskan misi Diplomasi Madani di Kerala turut menekankan kepentingan memperkukuh hubungan dua hala melalui peningkatan perdagangan, pelaburan serta hubungan rakyat dengan rakyat. – KOSMO! ONLINE.

The post Anwar pelawa Ketua Menteri Kerala kunjungi Malaysia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved