Anwar pilih kestabilan, mahu kerjasama dengan UMNO–BN diteruskan

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 3:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Anwar pilih kestabilan, mahu kerjasama dengan UMNO–BN diteruskan

Anwar Ibrahim mahu kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan UMNO-BN diteruskan demi kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rakyat

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau memilih kestabilan politik dan kemakmuran rakyat, selain mahu kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada peringkat Persekutuan diteruskan.

Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata sebarang keputusan politik tidak wajar didorong oleh kepentingan pangkat, kedudukan atau kemarahan, sebaliknya mesti berlandaskan kepentingan rakyat dan negara.

“Dengan apa yang berlaku kebelakangan ini, ada yang bertanya bagaimana hubungan dengan UMNO dan BN. Saya kata kita mesti fikir dan harus lebih waras, ada hikmah dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

“Kita pilih kestabilan, kemakmuran rakyat melalui pertumbuhan ekonomi dan pilih bekerjasama terus dengan UMNO–BN pada peringkat Persekutuan supaya dua prinsip ini diteruskan,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari in

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved