Anwar Sifatkan Tindakan MB Negeri Sembilan & Exco “Biadab & Tak Bertamadun”, Ini Respon Ismail Lasim [Video]

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 3:18 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Anwar Sifatkan Tindakan MB Negeri Sembilan & Exco “Biadab & Tak Bertamadun”, Ini Respon Ismail Lasim [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (23 September), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cubaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan Exco menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai biadab dan tidak bertamadun.

Mengambil maklum perkara tersebut, Ismail Lasim berkata beliau menghormati keprihatinan Anwar berhubung kemelut Institusi Diraja di negeri itu pada ketika ini.

Kenyataan Anwar Berasaskan Gambaran Tidak Lengkap Tentang Peranan Menteri Besar & Barisan Exco – Ismail Lasim

Bagaimanapun jelasnya, beliau khuatir kenyataan tersebut dilontarkan berasaskan gambaran tidak lengkap tentang peranan sebenar Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam isu terbabit.

Menteri Besar & Exco Tak Ada Kuasa Turunkan Takhta Yang di-Pertuan Besar – Ismail

Kerajaan Negeri menegaskan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim kononnya Menteri Besar dan Exco membuat keputusan untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar adalah tidak tepat selain berkata dua pihak ini tidak ada kuasa untuk menaik atau menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar.

“Menteri Besar dan Exco tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membincangkan pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.

“Persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri terhadap tindakan pentadbiran tidak bermaksud MMKN mengambil alih kuasa para undang atau menjadi pihak membuat keputusan menaikkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar,” kata beliau semasa sidang media di Seremban hari ini (24 September).

Segala Kesahihan Mengenai Proklamasi Ditentukan UUTKNS 1959, Kata Ismail

Dalam masa sama, Ismail berkata beliau dan barisan Exco tidak akan campur tangan dalam siasatan atau pemilihan bidang kuasa Institusi Diraja.

“Saya dan barisan Exco tidak akan campuri siasatan pertimbangan adat atau pemilihan yang terletak dalam bidang kuasa pihak-pihak yang ditentukan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Tambahnya, segala kesahihan mengenai proklamasi, pematuhan tatacara dan kesan perlembagaannya hendaklah ditentukan oleh UUTKNS serta proses undang-undang yang berkenaan.

“Kami menghormati apa-apa perintah mahkamah yang berkuatkuasa.”

Arahan Exco Tak Dibenar Masuk Pejabat Hanya Dibuat Secara Lisan, Tiada Arahan Bertulis – Ismail

Dalam sidang yang sama, Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh mengesahkan bahawa barisan Exco tidak dibenarkan memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri serta dilarang menjalankan tugas-tugas rasmi pentadbiran.

Namun begitu menurutnya, perkara itu hanya diumumkan secara lisan tanpa sebarang surat rasmi daripada mana-mana pihak. Tambah beliau, setakat ini, tiada sebarang perintah mahkamah mahu pun arahan bertulis dikeluarkan berhubung larangan berkenaan.

Jelas Ismail, arahan terbabit mampu menjejaskan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri selain menafikan hak serta kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya mengkaji semula arahan berikut dan membenarkan ahli MMKN kembali menjalankan tugas seperti biasa.

“Tapi ini arahan verbal (lisan) ya, sebab itu saya kena buat kenyataan terbuka ini. Saya menyerulah pihak berkuasa, tanpa alasan ataupun sebab-sebab tertentu dan tanpa arahan bertulis dan sebagainya, saya minta sangat dikaji semula perkara ini.”

Ismail Seru Benarkan Exco Masuk Pejabat & Jalankan Tugas

“Benarkan Exco masuk, benarkan mereka menjalankan tugas seperti biasa, dan mesyuarat Kerajaan Negeri MMK mesti diteruskan,” katanya.

Jawatan Exco Masih Sah, Pemecatan Perlu Dapatkan Nasihat & Pandangan Menteri Besar – Ismail

Sementara itu, Ismail menjelaskan bahawa semua ahli Exco sedia ada masih sah dari segi undang-undang kerana pemecatan atau pemberhentian Exco tertakluk kepada Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang memerlukan nasihat serta pandangan Menteri Besar.

“Menteri Besar tidak pernah dirujuk atau menasihati berkenaan pemberhentian mana-mana Exco. Dengan itu, Exco yang sedia ada adalah sah dan sepatutnya menjalankan tugas seperti biasa.

“Mesyuarat Exco perlu diteruskan kerana banyak perkara yang dibincangkan melibatkan tuntutan, pembangunan, serta bantuan untuk rakyat. Jika ini tersekat tanpa alasan yang munasabah, ia merupakan satu penafian kepada hak rakyat.”

Baca Artikel Berkaitan: Pembatalan Pelantikan Exco N9 Oleh Tuanku Muhriz Sah, Kenyataan Ismail Lasim Tidak Ada Kesan – Peguam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved