Anwar sudah dimaklumkan: Hajiji

Politics
15 Jan 2023 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata beliau telah memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Kabinet Negeri yang baharu, sekali gus menafikan tuduhan beliau membelakangi kehendak Anwar berhubung perkara itu.

“Sudah tentu saya telah memaklumkan kepadanya (Anwar). Bagi saya, ini adalah satu kemestian. Kita bukan saja maklumkan kepada pemimpin tertinggi iaitu Perdana Menteri, tetapi apa yang kita lakukan juga adalah untuk kebaikan Sabah,” katanya, selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-2 Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Sabtu.

Hajiji, yang juga Canselor UCSF, berkata beliau sering bertemu dan juga mengadakan perbualan telefon dengan Anwar.