Anwar tekankan kebebasan maritim di Selat Hormuz, gesa diplomasi

WorldPolitics
12 Sep 2026 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar tekankan kebebasan maritim di Selat Hormuz, gesa diplomasi
Anwar mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian di luar acara Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India, pada Sabtu. Turut sama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan. Foto Bernama

NEW DELHI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap konflik dan pergolakan yang berterusan di seluruh Asia Barat dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Anwar, yang berada di sini untuk Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18, mengulangi kepentingan mengekalkan kebebasan dan keselamatan laluan maritim melalui Selat Hormuz mengikut undang-undang antarabangsa.

"Malaysia menggesa semua pihak untuk kembali berdialog dan berdiplomasi bagi menyelesaikan pertikaian dan meredakan keadaan," kata Perdana Menteri semasa pertemuan 30 minit mereka di luar sidang kemuncak di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengalu-alukan hubungan diplomatik Putrajaya dan Tehran yang telah lama terjalin dan mengesahkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Beliau turut menyeru penerusan dan pengembangan kerjasama serta peluang perdagangan dan pelaburan, terutamanya dalam tenaga, pertanian, minyak sawit, keselamatan makanan, sektor halal, teknologi dan pendidikan tinggi. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved