Malaysia, India saling melengkapi – PM

12 Sep 2026 • 5:54 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia, India saling melengkapi – PM

PETALING JAYA: Kekuatan tersendiri yang dimiliki oleh Malaysia dan India adalah saling melengkapi serta membantu mengukuhkan pembangunan dua hala.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi sepakat untuk meneruskan momentum hubungan erat antara dua negara.

“Saya zahirkan penghargaan atas layanan istimewa yang diberikan sejak delegasi Malaysia tiba di New Delhi malam tadi.

“Alhamdulillah, kami sepakat untuk meneruskan momentum hubungan erat Malaysia-India serta memperteguh persahabatan yang berakar daripada sejarah panjang dan hubungan akrab antara rakyat kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, beliau dan Modi berbincang tentang usaha untuk memperluas kerjasama dalam sektor strategik, khususnya industri semikonduktor.

“Malaysia dan India memiliki kekuatan yang saling melengkapi dan boleh digembleng melalui kerjasama industri, integrasi rantaian bekalan, pembangunan bakat serta pelaburan dua hala.

“Saya juga membangkitkan keperluan untuk memudah cara dan mempercepat kemasukan barangan eksport Malaysia ke pasaran India bagi membuka ruang lebih luas kepada syarikat Malaysia memanfaatkan potensi pasaran India yang besar dan berkembang pesat.

“Insya-Allah, Malaysia dan India akan terus memperkukuh persahabatan ini yang saling menguntungkan demi kemakmuran rakyat kedua-dua negara,” katanya. – UTUSAN

The post Malaysia, India saling melengkapi – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved