Anwar undang Ethiopia buka kedutaan di Kuala Lumpur

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 6:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar undang Ethiopia buka kedutaan di Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Ethiopia untuk membuka kedutaannya di Kuala Lumpur sebagai usaha memperkukuh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Anwar berkata, hubungan peribadi beliau dengan Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali serta persahabatan kedua-dua negara telah mencatat momentum positif susulan kunjungan Abiy ke Malaysia pada 2024 dan lawatan balas beliau ke Ethiopia pada tahun lalu.

Beliau berkata, pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September tahun lalu selepas 43 tahun turut menandakan lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Ethiopia.

“Justeru, saya mengundang Ethiopia untuk
membuka kedutaannya di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini.

Anwar berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala bersama Abiy di New Delhi hari ini.

Dalam pertemuan itu, beliau turut menzahirkan penghargaan atas dukungan Ethiopia terhadap penglibatan Malaysia dalam BRICS.

“Kami juga sepakat untuk mengadakan Rundingan Dua Hala yang pertama di Kuala Lumpur tahun hadapan bagi menterjemahkan persetujuan kedua-dua negara kepada tindakan yang nyata,” katanya.

Menurut beliau, potensi kerjasama antara Malaysia dan Ethiopia antaranya merangkumi industri halal, pertanian, keterjaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan pelancongan.

“Insya-Allah, momentum ini akan terus dipacu demi hubungan Malaysia-Ethiopia yang semakin kukuh serta kemakmuran rakyat kedua-dua negara,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Anwar undang Ethiopia buka kedutaan di Kuala Lumpur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved