Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan Indonesia

Politics
24 May 2023 • 7:20 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim bersama Prabowo Subianto - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

LANGKAWI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto di sini.

Kedua-dua pemimpin meluangkan masa kira-kita sejam bagi membincangkan isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala dan serantau. 

Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai usaha mengeratkan hubungan dua hala dalam bidang pertahanan dan keselamatan. 

Prabowo kini dalam lawatan khas ke Malaysia sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang bermula hari ini hingga 27 Mei. 

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan delegasi Indonesia. - Bernama