Anwar terima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia

LocalPolitics
24 May 2023 • 7:53 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto di sini.

Kedua-dua pemimpin meluangkan masa kira-kita sejam bagi membincangkan isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala dan serantau.

Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai usaha mengeratkan hubungan dua hala dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Prabowo kini dalam lawatan khas ke Malaysia sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) yang bermula hari ini hingga 27 Mei.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan delegasi Indonesia. -Bernama