Anwar tiba di SICC, Kota Kinabalu, pengerusikan MTPMA63

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 8:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar tiba di SICC, Kota Kinabalu, pengerusikan MTPMA63
Anwar tiba di SICC, Kota Kinabalu bagi mempengerusikan MTPMA63.

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Jumaat bagi menghadiri dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026.

Mesyuarat yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi itu dijangka antara lain menumpukan isu tuntutan bayaran 40 peratus hasil bersih Sabah.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud serta barisan kepimpinan dari kedua-dua negeri.

Sabah menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan yang akan membincangkan tuntutan serta isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih belum diselesaikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved