Anwar ucap tahniah pada PM baharu Thailand, Srettha Thavisin

Politics
23 Aug 2023 • 10:33 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuhkan hubungan dengan Thailand dalam pelbagai bidang.

Beliau menegaskan demikian ketika menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

“Saya telah menghubungi TYT Srettha Thavisin bagi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu petang tadi.

“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dengan Thailand dalam pelbagai bidang,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.



Anwar turut memaklumkan telah mengundang Srettha ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

“Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,’’ katanya.

Srettha, 60, dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu sekali gus menyaksikan buat julung kalinya, jawatan itu disandang oleh rakyat biasa dalam tempoh lebih sembilan tahun.

Pemilihan itu juga menamatkan kemelut politik yang mencengkam Thailand sejak tiga bulan lepas dan membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran baharu. – 23 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved