Anwar ucap tahniah, kemenangan beregu campuran negara hadiah Hari Kebangsaan

31 Aug 2025 • 9:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Tang Jie-Ee Wei atas kejayaan merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Dunia 2025. Foto FB BAM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atas kejayaan merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Perancis, malam ini.

Beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia.

"Tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, atas pencapaian membanggakan di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025.

"Terima kasih kerana telah bekerja keras demi mengharumkan nama negara,” katanya menerusi hantaran di X.

Pada aksi final yang berlangsung di Adidas Arena, Paris, gandingan keempat dunia itu menundukkan pilihan kedua Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China, 21-15, 21-14.

Kejayaan itu menoktahkan penantian hampir dua dekad selepas pencapaian terbaik negara dalam acara beregu campuran hanyalah di separuh akhir menerusi Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada edisi 2006 di Madrid, Sepanyol. - Bernama