Hadiah merdeka paling bermakna - Hannah

31 Aug 2025 • 8:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah gemilang apabila muncul juara dunia beregu campuran di Paris. Foto FB Hannah Yeoh

DETIK emas Merdeka Malaysia terpahat dalam sejarah apabila beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, malam ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan kejayaan bersejarah itu sebagai hadiah paling bermakna sempena sambutan Hari Kebangsaan.

"Pemain Road To Gold kita, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kini bergelar juara dunia beregu campuran!

"Pingat emas Hari Merdeka ini bukan sahaja istimewa, malah akan terpahat selamanya sebagai salah satu pencapaian sukan terbesar negara,” katanya menerusi hantaran di akaun rasmi X beliau.

Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei mengejutkan beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dengan kemenangan 21-15, 21-14 dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama 40 minit di Adidas Arena.

Kejayaan gemilang itu turut melakar sejarah baharu badminton tanah air apabila Tang Jie-Ee Wei menjadi pasangan Malaysia pertama merangkul gelaran dunia acara beregu campuran, sekali gus menambah lembaran emas dalam sejarah sukan negara. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved