Anwar umum kadar SARA akan dinaikkan dalam masa terdekat

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 8:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Anwar umum kadar SARA akan dinaikkan dalam masa terdekat

SEREMBAN, 23 JULAI: Kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat sebagai usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu diambil selepas kerajaan mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat meskipun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini.

“Walaupun kita beri Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA, (di Negeri Sembilan) Datuk Seri Aminuddin bagi bonus tinggi kepada penjawat awam, adakah selesai masalah? Belum.

"Kerana itu, kita dengar rintihan rakyat dan insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan naikkan lagi SARA untuk rakyat semua,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Kekal Harapan di Senawang malam ini, bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berlangsung 1 Ogos.

Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI akan terus memperhalusi kemungkinan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk STR dan SARA jika keadaan ekonomi negara mengizinkan.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican dan akan dipertimbangkan dalam pembentangan Belanjawan 2027.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved