Anwar umum RM2.5 juta projek dialisis di masjid Kelantan

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 10:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar umum RM2.5 juta projek dialisis di masjid Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika hadir pada Program Sebarkan Salam@Kota Bharu Berselawat di perkarangan Masjid Muhammadi, malam ini. Foto Bernama

KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi pelaksanaan projek dialisis di beberapa masjid terpilih di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha melalui menerusi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)-Radicare merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memanfaatkan institusi masjid bagi membantu masyarakat mendapatkan kemudahan rawatan.

“Projek ini untuk memudahkan orang ramai menerima kemudahan dialisis dan sekarang kami gunakan masjid sebagai pangkalannya dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

“Peruntukan ini membabitkan beberapa masjid terpilih di Kelantan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi di sini sini pada Sabtu.

Beliau sebelum itu, menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Jamek Muhammadi.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, kerajaan turut memperuntukkan lebih RM645,000 menerusi YWM bagi projek Wakaf Air dan pemasangan solar masjid di Kelantan.

“Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan memperluas manfaat wakaf untuk kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved