RM6.62 juta baik pulih 42 institusi pendidikan Islam Kelantan

31 Oct 2026 • 11:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RM6.62 juta baik pulih 42 institusi pendidikan Islam Kelantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi pada Sabtu.

KOTA BHARU – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM6.62 juta bagi membaik pulih infrastruktur asas membabitkan 42 institusi pendidikan Islam di Kelantan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah tambahan kepada RM700,000 yang diumumkan pada 18 April lalu bagi tujuh institusi pendidikan Islam.

“Pada tahun 2025, saya sudah meluluskan RM9.36 juta bagi menaik taraf prasarana 23 institusi pendidikan Islam di Kelantan.

“Pada tahun ini, saya meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6.62 juta untuk baik pulih infrastruktur asas di 42 institusi pendidikan Islam di seluruh Negeri Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi di sini pada Sabtu.

Menurut Anwar, keseluruhan peruntukan bagi membaik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di negeri itu pada tahun ini adalah sebanyak RM7.32 juta membabitkan 48 institusi.

Dalam pada itu, katanya, perhatian turut diberikan kepada peningkatan perkhidmatan kesihatan melalui penyediaan teknologi pembedahan robotik di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian bagi memperluas akses rawatan kepakaran kepada rakyat Pantai Timur.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved