Anzalna Nasir syukur bangun tahajjud tanpa alarm, akui diri masih belum sempurna

26 Aug 2025 • 11:58 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Anzalna Nasir mencuri perhatian apabila berkongsi kehidupannya yang lebih tenang dengan istiqamah mendekatkan diri dengan perihal agama.

Bangun tahajjud tanpa alarm

image is not available

Menerusi perkongsian di platform Threads, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 38 mengakui dirinya tidak sempurna namun cuba untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

“Saya jauh daripada sempurna,Namun entah bagaimana, Allah selalu membangunkan saya untuk Tahajjud tanpa bantuan penggera, dan itu bukan satu kebetulan,” kata Anzalna di Threads, hari ini.

Ibu kepada dua cahaya mata itu, meluahkan rasa syukur kerana menjadi insan yang dipilih oleh sang pencipta untuk sentiasa istiqamah ke jalan yang benar biarpun mengakui dirinya begitu banyak kekurangan.

image is not available

“Itu Allah yang membangunkan saya, menjemput saya untuk berbicara dengan-Nya. Hati saya terasa begitu penuh dengan rasa syukur. Saya sedar bahawa itu kerana Dia mahu bertemu hamba-Nya.

“Walaupun saya penuh dengan kelemahan, Dia tetap menjemput saya pada saat paling sunyi di malam hari. Sungguh, betapa besar rahmat dan kasih sayang daripada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,” jelasnya.

image is not available

Perkongsian itu telah menerima pelbagai respon positif dalam kalangan peminat dan rata-rata mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah tanpa mengejar dunia yang melalaikan.

Malah ada juga yang menjadikan aktres itu sebagai inspirasi kerana dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama dan sering berbuat baik terhadap insan lain.

Tak salah pilih artis kegemaran

image is not available

Jadi inspirasi

image is not available

Moga istiqamah

image is not available

Sebelum ini, ciapan Anzalna pernah tular apabila berkongsi kehidupannya yang sudah banyak berubah iaitu tampil bersederhana tanpa berbelanja mewah dengan menggunakan kekayaan sedia ada bagi membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: Threads Anzalna Nasir