Tak mahu belanja mewah, Anzalna Nasir pilih guna duit bantu orang susah

20 Aug 2025 • 10:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kehidupannya yang mahu tampil lebih bersederhana dan menghargai orang lain.

Guna duit bantu orang susah

image is not available

Menerusi perkongsian di platform Threads, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 38 menjelaskan gaya hidupnya sudah berubah dan tidak mahu berbelanja lebih mengikut nafsu.

image is not available

“Sebelum ini, saya mudah untuk belanjakan lebih RM100K untuk barangan jenama mewah. Namun kini saya masih beli apa yang saya minat cuma tidak segila seperti dahulu,” kata Anzalna di Threads, semalam.

Dalam pada itu, Anzalna berkata dia mula sedar daripada menghabiskan wang untuk barangan mewah lebih baik sekiranya duit tersebut disalurkan kepada mereka yang jauh lebih susah.

“Sekarang saya sedar, harga sebuah beg mampu beri makan banyak keluarga, bantu ibu bapa yang berusaha keras atau bantu mereka yang ingin kembali bangkit semula,” jelasnya.

image is not available

Berkongsi lanjut, aktres drama Memori Cinta Suraya itu memberitahu, dia kini mahu lebih dekat dengan agama dan berharap mampu untuk kekal istiqamah di jalan yang benar.

“Semakin meningkat usia, hati saya hanya ingin lebih dekat dengan Allah.

“Hidup terasa lebih bermakna apabila saya manfaatkan apa yang saya ada untuk berbuat baik, memberi dan mencari keberkatan-Nya. Saya harap saya terus istiqamah,” tambahnya lagi.

image is not available

Sebelum ini, Anzalna pernah tular di media sosial kerana membantu seorang ibu bersama anak-anak kecil yang mencari rezeki menjual kuih di hadapan sebuah bank di Kuala Lumpur telah mengundang sebak dalam kalangan peminatnya.

Sumber: Threads Anzalna Nasir