Apa benda gegar Nilai pukul 2.30 pagi?

30 Aug 2026 • 8:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Apa benda gegar Nilai pukul 2.30 pagi?

PETALING JAYA – Bunyi guruh kuat yang kedengaran sekitar pukul 2.30 pagi menyebabkan penduduk di Nilai, Negeri Sembilan, terkejut apabila mendakwa gegaran turut dirasai sehingga menggegarkan pintu gelangsar rumah.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads menerusi akaun Hudamahad87 yang memaklumkan bunyi guruh berkenaan cukup kuat sehingga mengejutkannya daripada tidur.

“Korang ada rasa pelik tak? Guruh di langit seperti menggoncang bumi di Nilai sampai akak pun terjaga 2.33 pagi. Sliding door (pintu gelangsar) semua bergegar,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna lain yang mendakwa mereka mengalami situasi sama dan pada awalnya menyangka berlaku gempa bumi.

Seorang pengguna, Ssyeraa, berkata dia menyangka bunyi serta gegaran itu berpunca daripada gempa sehingga berasa takut untuk kembali tidur.

“Saya ingat gempa! Tak boleh tidur dah sebab takut,” katanya.

Menjawab komen tersebut, Hudamahad87 berkata, dia juga tidak dapat melelapkan mata selepas kejadian berkenaan.

“Sama tak dapat nak tidur pulak sekarang,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Shazliyana_shafiee, mendakwa bunyi guruh kuat turut kedengaran di Kota Seriemas.

Aisyhasan pula berkata, gegaran turut dirasainya di kawasan Mantin ketika baru selesai menyusukan anak sebelum kembali tidur kerana terlalu mengantuk. – KOSMO! ONLINE

The post Apa benda gegar Nilai pukul 2.30 pagi? appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved