Awal pagi tadi, ramai rakyat Malaysia di Jepun dikejutkan dengan bunyi amaran kecemasan di telefon masing-masing sebelum gegaran gempa bumi benar-benar dirasai.
Menurut Japan Meteorological Agency (JMA), gempa berlaku pada 23 Ogos 2026, jam 2.00 pagi, berpusat di selatan Ibaraki dengan magnitud 5.9 pada kedalaman 70 km. Gegaran turut dirasai di Narita, Chiba dan Tokyo, dengan beberapa lokasi mencatat intensiti sekitar Shindo 4. Mujur, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Apa yang menarik, sistem amaran awal gempa bumi di Jepun memang sangat pantas.
Sebaik gelombang awal gempa dikesan, sistem terus menganggarkan kawasan yang bakal menerima gegaran lebih kuat, kemudian menghantar amaran kecemasan ke telefon, TV dan saluran rasmi dalam masa beberapa saat. Kadang-kadang ia hanya beri beberapa saat sahaja, tetapi beberapa saat itu sangat bernilai untuk orang ramai bersedia, menjauhkan diri dari kaca, melindungi kepala dan mencari tempat yang lebih selamat.
Inilah antara perkara yang wajar dikaji dan diadaptasi oleh Malaysia:
• sistem amaran awam yang cepat, jelas dan seragam
• notifikasi terus ke telefon berdasarkan lokasi
• mesej tindakan yang ringkas, bukan sekadar makluman
• latihan kesiapsiagaan yang dijadikan budaya, bukan tunggu bencana berlaku dulu
Bagi rakyat Malaysia yang berada di Jepun, khususnya di Tokyo, Narita, Chiba, Saitama dan kawasan sekitarnya, sila terus berjaga-jaga kerana gegaran susulan atau aftershock masih boleh berlaku.
Pesanan penting:
• jangan silent phone
• cas telefon dan powerbank
• letakkan kasut, dokumen penting dan barang asas dekat tempat mudah capai
• pantau maklumat rasmi daripada JMA, hotel, pihak berkuasa tempatan atau kedutaan jika perlu
Bagi yang pernah rasa sistem ini berbunyi secara tiba-tiba, memang mengejutkan. Tetapi itulah bezanya bila sesebuah negara bersedia. Amaran datang awal, orang ramai tahu apa perlu dibuat, dan nyawa boleh diselamatkan.
Kepada rakyat Malaysia di Jepun, semoga semuanya selamat. Kekal tenang, peka dan bersedia.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.



