“Apa dosa Bella” – Keluarga Tuntut Keadilan, Mahkamah Kecoh Dengan Jeritan Kakak Bella

19 Feb 2024 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bulan lalu, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam ibu tunggal dua anak, Bella atau Mila Sharmilah Samsusah susulan penemuan rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai.

Perkarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat hari ini ‘meriah’ dengan kehadiran orang ramai yang mengikuti perkembangan terkini sebutan semula kes pembunuhan Bella.

Turut kelihatan ahli keluarga Bella membawa sepanduk yang tertulis, ‘Apa dosa Bella!!’ yang mengharapkan keadilan.

image is not available

Menurut sumber, mahkamah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes suspek yang juga teman lelaki Bella, Mohamad Haikal Mahfuz yang didakwa membunuh wanita itu.

Difahamkan ia selepas pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya belum menerima laporan forensik yang membolehkan mereka membuat permohonan izin bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Muar.

Menerusi video yang dimuat naik Sinar Harian, kecoh seketika di luar mahkamah ketika suspek dibawa keluar selepas prosiding hari ini.

Mask (pelitup muka) bukalah, takkan pakai mask kot. Anak orang tau,” jerit kakak Bella.

Suspek yang memasuki kenderaan yang dikawal beberapa anggota polis terus beredar keluar dari mahkamah berkenaan.

Sementara itu, keluarga Bella mengharapkan kes pembunuhan ini dipercepatkan dan dipindah ke Mahkamah Tinggi Muar.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.