“Apa hukum suami suka tengok perempuan seksi?” – Usahawan Terkenal Luah Kecewa Dengan Sikap Suami

Entertainment
9 May 2024 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang usahawan wanita yang mengusahakan butik tempatan meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suaminya.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, usahawan itu yang kini sedang hamil anak ketiga mendakwa suaminya sering mengikuti wanita seksi di aplikasi Instagram.

Katanya, suaminya tidak menunjukkan usaha untuk berubah walaupun sudah pernah ditegur dan bergaduh mengenai perkara itu.

Pendedahan itu dibuat selepas dia menerima mesej daripada follower mendakwa suaminya seorang scammer di Facebook dan memintanya untuk memeriksa akaun Instagram suami.

image is not available

Luahnya, sudah empat tahun dia tidak mengikut semula suaminya di Instagram kerana mahu menjaga hatinya atas sikap suaminya, namun ada kalanya tewas sehingga membuatkannya kecewa.

“Benda ni dah lama dah. Lama sangat dah benda ni. Memang boleh perasan pun dia main Instagram untuk apa.

“Malam malam isteri dan anak-anak dah tidur pun dia akan main telefon, aku pun tak tahu scroll apa. Dah kalau following macam tu, scroll pun memang keluar benda-benda tu jelah.

“Apa hukum dia eh kalau suami suka tengok perempuan lain seksi-seksi? Untuk apa sebenarnya?

“Pastu, isteri ni kau simpan kat rumah buat apa? Maaf, isteri sedang hamil, jadi aku memang psiko.”

image is not available image is not available

Pendedahan itu telah meraih pelbagai reaksi di platform X, rata-rata turut kesal dan bersimpati dengan rumah tangga usahawan terbabit.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.