Bini Tengah Mengandung, Usahawan Terkenal Dakwa Suami Suka Tengok Perempuan Seksi Di IG

Entertainment
9 May 2024 • 11:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
seksi

Seorang usahawan jenama pakaian terkenal membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap suaminya sendiri.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, usahawan yang kini sedang hamil anak ketiga mendakwa suaminya sering ‘cuci mata’ melihat wanita seksi di aplikasi tersebut.

Pendedahan itu bermula apabila dia menerima mesej daripada follower mendakwa suaminya scammer. Follower itu juga meminta usahawan terbabit memeriksa akaun Instagram suami yang sedikit mencurigakan.

image is not available

Katanya, suami usahawan terbabit banyak mengikuti akaun media sosial perempuan-perempuan seksi yang mendedahkan tubuh badan.

image is not available

image is not available

Berkongsi dengan lanjut, usahawan terkenal itu mengaku isu sebenarnya sudah lama berlaku. Kali terakhir mereka bergaduh sewaktu menunaikan umrah baru-baru ini.

image is not available

Malah, dia sendiri sudah 4 tahun unfollow akaun Instagram suami kerana mahu menjaga hati sendiri. Sebagai isteri, dia juga ada rasa curiga mendakwa suami masih dengan telefon pada waktu malam selepas semua orang tidur.

image is not available

Dakwa usahawan ini lagi, suaminya tiada usaha untuk berubah dan masih sama dari dulu hinggalah sekarang.

image is not available

Seakan-akan sudah hilang sabar, dia bertanyakan hukum seorang suami yang suka melihat aurat wanita lain sedangkan sudah beristeri.

Pendedahan usahawan ini turut tular di aplikasi X. Ada yang meluahkan rasa simpati dengan ujian yang menimpa pasangan merpati dua sejoli ini.

image is not available

image is not available

Aduhai, semoga urusan pasangan ini dipermudahkan. Iyalah, wanita mengandung memang mudah beremosi kan?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.