Apa Itu Akta Tahanan Rumah? Ini Apa Yang Patut Anda Tahu

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 5:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Apa Itu Akta Tahanan Rumah? Ini Apa Yang Patut Anda Tahu

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (18 September), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) mengumumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah berkenaan memberi pengampunan bersyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Perkhabaran ini nyata mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai namun ada juga yang tertanya-tanya mengenai hukuman secara tahanan rumah itu.

Akta Tahanan Rumah, Undang-Undang Baharu Yang Diumumkan Oleh Perdana Menteri

Secara umumnya, Akta Tahanan Rumah dalam konteks Malaysia merupakan satu cadangan undang-undang baharu yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025.

Ia dirancang untuk dibentangkan di Parlimen bagi membolehkan pesalah atau tahanan reman tertentu menjalani hukuman di rumah, rumah jagaan atau asrama pekerja.

Akta Tahanan Rumah Reformasi Sistem Keadilan & Penjara, Tiada Kena Mengena Dengan Individu Tertentu

Sebelum ini, timbul dakwaan yang mendakwa Akta Tahanan Rumah mempunyai kaitan dengan individu tertentu seperti Najib.

Namun kerajaan menegaskan bahawa penggubalan akta tersebut tiada kaitan dengan kepentingan individu dan ia dilakukan bagi reformasi sistem keadilan dan penjara.

Apa Itu Tahanan Rumah?

Menurut bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tahanan rumah bermaksud seseorang banduan tidak dibenarkan keluar dari kediamannya sepanjang tempoh tahanan dan wajib mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, mereka boleh melakukan aktiviti dalam kawasan kediaman mengikut ketetapan yang dikenakan kepada mereka.

Tahanan rumah juga merupakan satu bentuk pelaksanaan hukuman yang sah di sisi undang-undang mengikut peruntukan Akta Penjara 1955 tertakluk kepada syarat dan kawalan pihak berkuasa.

Tujuan Utama Penggubalan Akta Tahanan Rumah

Secara umumnya, penggubalan Akta Tahanan Rumah adalah bertujuan untuk:

  1. Mengurangkan kesesakan di penjara kerana Malaysia kini menghadapi masalah kepadatan kritikal iaitu melebihi kapasiti maksimum. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, penjara Malaysia menampung 89,982 banduan iaitu melebihi kapasiti 11.62% sehingga Jun 2026.
  2. Menjimatkan kos kerajaan iaitu dapat mengurangkan kos perbelanjaan operasi pengurusan banduan
  3. Menggunakan pendekatan bersifat manusiawi dan pemulihan di mana hukuman ini sebagai peluang kedua terutamanya bagi pesalah kali pertama atau kes-kes kecil untuk menjalani pemulihan disamping keluarga atau komuniti dengan pemantauan yang ketat.

Siapa Yang Layak Atau Tidak Layak Jalani Akta Tahanan Rumah?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini turut menegaskan Akta Tahanan Rumah mempunyai kriteria kelayakan yang sangat ketat.

Jadi siapa sebenarnya yang layak jalani perintah ini?

Mereka yang dikenakan tahanan reman bagi kesalahan jenayah kecil atau pesalah berisiko rendah merupakan kumpulan yang layak.

Siapa pula yang tidak layak? Mereka terdiri daripada:

  1. Pesalah yang terbabit dengan jenayah berat yang memperuntukkan hukuman penjara lebih 10 tahun
  2. Hukuman mati
  3. Penjara seumur hidup
  4. Keganasan rumah tangga
  5. Jenayah terhadap kanak-kanak
  6. Kesalahan sebatan mandatori
  7. Kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM)

Tahanan Di Rumah Tak Semestinya Bebas Sepenuhnya

Tahanan di rumah tidak semestinya membuatkan seseorang itu bebas sepenuhnya. Individu perlu mematuhi syarat ketat yang telah ditetapkan.

Malah, pesalah atau tahanan reman berkemungkinan akan dipasang alat khas seperti peranti pemantauan elektronik bagi mengawal pergerakan mereka.

Bukan itu sahaja, pergerakan mereka turut dipantau sepenuhnya oleh pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Pengampunan Najib: ‘Anwar Siap-siap Untuk Bubar Parlimen, Nga Kor Ming Boleh Dah Letak Jawatan’ – Isham Jalil

Baca Artikel Berkaitan: Pengampunan Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Tak Jejas Prinsip Kerajaan Banteras Kes Rasuah – PMX

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved