Fahami Vertigo
Vertigo bukan sekadar “pening biasa”.
Vertigo ialah rasa seperti dunia berpusing, badan melayang, atau sekeliling bergerak walaupun anda sedang diam. Ia boleh sampai mengganggu keseimbangan, menyebabkan loya, muntah, berpeluh, dan rasa takut untuk bergerak.
Punca paling biasa biasanya datang daripada sistem keseimbangan di telinga dalam. Antaranya BPPV, iaitu vertigo yang berlaku bila posisi kepala berubah, contohnya ketika bangun dari tidur, menoleh, tunduk, atau berpusing di atas katil.
.
Sebab itu ada orang rasa
“Bila buka mata, bilik macam berpusing.”
“Bila bangun dari katil, rasa nak jatuh.”
“Bila tunduk atau pusing kepala, terus loya.”
.
Bukan semua vertigo berbahaya. Ada yang boleh baik sendiri. Ada yang perlukan ubat, senaman keseimbangan, atau teknik tertentu untuk betulkan masalah kristal kecil dalam telinga dalam. Rawatan bergantung pada punca sebenar.
.
Apa perlu buat bila vertigo menyerang?
Duduk atau baring di tempat selamat. Elakkan memandu. Gerakkan kepala perlahan-lahan. Bangun dari katil secara perlahan. Jika berulang, semakin kuat, atau tidak pulih, dapatkan pemeriksaan doktor.
Vertigo bukan “mengada-ngada”.
Bagi orang yang pernah kena, dunia memang terasa berpusing walaupun badan sedang diam.
#PublicHealthMalaysia #Vertigo #KesihatanTelinga
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

