
Kota Kinabalu: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak ada sebab untuk membiarkan jalan berlubang dalam kawasan bandar tanpa sebarang tindakan.
Bekas Ketua Menteri itu berkata infrastruktur di banyak tempat semakin merosot.
Advertisement“Lubang jalan baru-baru ini menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal. Lubang ini bukan di Long Pasia atau Pitas. Ia di Kota Kinabalu.
“Kita ada peruntukan. Semasa saya menjadi Ketua Menteri, peruntukan untuk penyelenggaraan jalan dinaikkan daripada RM300 juta kepada RM400 juta. Apa yang terjadi kepada wang ini sekarang?
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Begitu juga dengan peruntukan untuk memastikan bekalan air mencukupi, bukan hanya untuk menggantikan meter air dan paip,” katanya.
Katanya, dana yang disalurkan kepada agensi kerajaan sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat, bukannya untuk percutian.
Advertisement“Bagaimana masalah air boleh diselesaikan? Air perlu disimpan dengan baik. Kita memerlukan empangan, sama ada dari air hujan atau sumber bawah tanah.
“Saya tahu empangan itu ada, tetapi tidak mencukupi. Bahagian pengagihan air mesti disalurkan ke lokasi yang betul.
Advertisement“Di tempat lain dalam negara ini, tiada catuan air dan elektrik yang berterusan seperti di Sabah,” tambahnya.
Mengenai isu pengangguran, Shafie berkata beliau sering bertemu dengan ibu bapa yang berharap lebih banyak peluang pekerjaan disediakan di Sabah.
“Mereka berkata kepada saya, ‘Datuk Seri, anak-anak kami bekerja jauh dari Sabah. Tolong sediakan peluang pekerjaan di sini. Bila mereka balik, akhirnya mereka terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana kerja di sana.”
Menurutnya, memberikan pendidikan dan kemahiran yang betul kepada rakyat sama pentingnya dengan peluang pekerjaan.
“Jika rakyat tidak mempunyai kemahiran atau pendidikan yang baik, bagaimana kita boleh membantu mereka keluar daripada kemiskinan?” katanya.
Beliau juga berkata tanah luas dan subur di Sabah seharusnya dimanfaatkan untuk membantu rakyat.
“Dulu semasa saya di Kuala Lumpur, saya berbincang dengan Tesco dan Giant di Cameron Highlands dan juga di Genting Highlands mengenai konsep pertanian kontrak.
“Sayur-sayuran yang dihasilkan berkualiti dan harganya berpatutan untuk pasaran. Mereka menandatangani kontrak lima tahun bagi memastikan bekalan kepada pasar raya besar ini terjamin, sekali gus membuka peluang ekonomi dan pekerjaan.
“Ini adalah sesuatu yang perlu kita usahakan dengan sebaik mungkin kerana kita tahu Sabah mempunyai tanah yang luas dan subur,” katanya.
Selain itu, tegasnya, tindakan segera perlu diambil terhadap tuduhan rasuah membabitkan ahli politik Sabah.



