“Apa Kena Buat Eh?” – Pendaki Wanita Cemas Terserempak Ular Ketika Hanya 1KM Lagi Nak Sampai Puncak, Netizen Pula Bagi Jawapan Mencuit Hati

EnvironmentLifestyle
4 Jun 2026 • 10:24 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Apa Kena Buat Eh?” – Pendaki Wanita Cemas Terserempak Ular Ketika Hanya 1KM Lagi Nak Sampai Puncak, Netizen Pula Bagi Jawapan Mencuit Hati

KUALA LUMPUR – Pengalaman terserempak ular ketika melakukan aktiviti pendakian sememangnya boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa cemas, lebih-lebih lagi apabila haiwan tersebut berada betul-betul di laluan yang perlu dilalui.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads, @slyvyen_, berkongsi detik mendebarkan apabila dia terserempak seekor ular ketika sedang mendaki dan hanya berbaki kira-kira satu kilometer sahaja lagi untuk sampai ke puncak.

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan bertanya kepada warga maya apa tindakan yang perlu dilakukan selepas menemui reptilia tersebut di laluan hiking.

“Apa kena buat eh kalau lagi 1km nak sampai puncak ada ular kat trail hiking,” tulisnya.

Menurutnya lagi, ketika kejadian berlaku terdapat seorang wanita lain yang turun melalui laluan berkenaan sebelum ular tersebut memasuki kawasan semak berhampiran.

Namun, apabila mereka ingin meneruskan perjalanan, ular itu dilihat kembali muncul dan berdiri di belakang pokok, sekali gus membuatkan situasi menjadi lebih mendebarkan.

Pelbagai Reaksi Netizen

Perkongsian yang meraih perhatian ramai itu turut dibanjiri pelbagai komen netizen, daripada nasihat serius hinggalah gurauan yang mencuit hati.

Ada yang menasihatkan supaya berpatah balik demi keselamatan.

“Patah balik, tak sampai puncak tak apa. Asal balik bernyawa.”

Seorang lagi pengguna pula berpendapat ular tersebut dipercayai spesies tedung tikus dan meminta pendaki memberi ruang kepada haiwan itu untuk berlalu terlebih dahulu.

“Bagi ja dia jalan dulu jauh-jauh baru sambung jalan pi puncak.”

Dalam masa sama, ramai juga yang meninggalkan komen bersahaja yang menghiburkan.

“Menyempat eh tanya Threads.”

Pemilik hantaran itu bagaimanapun menjawab dia sengaja berkongsi pengalaman tersebut untuk mendapatkan pandangan orang ramai serta menambah ilmu mengenai jenis ular dan langkah yang perlu diambil jika berdepan situasi sama.

Tidak kurang juga yang berseloroh kononnya ular itu mungkin terganggu selepas mendengar nyanyian pendaki tersebut sepanjang perjalanan.

“Sebab sepanjang jalan saya nyanyi ‘I’m not cute anymore’, maybe dia dengar.”

Selain itu, ada netizen yang mengakui mereka mungkin tidak akan menyedari kehadiran ular berkenaan jika berada di lokasi sama kerana warna badannya yang hampir menyamai persekitaran hutan.

Keselamatan Perlu Diutamakan

Walaupun banyak komen berunsur jenaka ditinggalkan, ramai bersetuju bahawa langkah paling selamat adalah mengekalkan jarak, tidak mengganggu haiwan tersebut dan memberi laluan sekiranya ular masih berada berhampiran trek pendakian.

Perkongsian oleh @slyvyen_ itu sehingga kini telah meraih hampir sejuta tontonan di Threads dan terus mendapat perhatian warga maya dengan rata-rata mengakui situasi berkenaan merupakan antara perkara yang paling digeruni ketika melakukan aktiviti mendaki di kawasan hutan. – The Malaysian Update

The post “Apa Kena Buat Eh?” – Pendaki Wanita Cemas Terserempak Ular Ketika Hanya 1KM Lagi Nak Sampai Puncak, Netizen Pula Bagi Jawapan Mencuit Hati appeared first on The Malaysian Update.