“Apa kurang saya” – Aliff Syukri Merayu Radio & TV Mainkan Lagu Rayanya

Entertainment
13 Apr 2023 • 4:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Disamping reaksi netizen yang jelak dengan kemunculan lagu raya terbaru daripada Aliff Syukri ini, usahawan kontroversi ini masih berpegang pada pendirian bahawa dia adalah penyanyi nombor satu negara. Sampaikan Tok Ti sendiri mengaku ada dekat belakang dia tau!

Kali ini, pengasas produk kosmetik itu sekali lagi lantang berkenaan dengan hal lagu raya barunya itu menerusi Instagram miliknya dan mendakwa lagunya trending nombor 1 di YouTube.

 

Tolong lah aku merayu

Kata Aliff dia mewajibkan semua stesen TV dan radio untuk memjtarkan lagunya dan dakwa dia juga tidak kurang hebat sebagai seorang penyanyi, dia turut menyeru kepada pihak tertentu agar bersikap adil kepada semua penyanyi termasuklah dirinya sebelum sekali lagi mendakwa dirinya adalah penyanyi nombor satu negara.

“Please kena adil kat semua penyanyi.”

Menjengah ke ruangan komen, dilihat terdapat pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan ada juga yang mengecam, tidak lupa juga ada yang menyarankan Aliff Syukri untuk menubuhkan stesen radio sendiri.

image is not available image is not available image is not available

Hurm, korang rasa lagu raya dia untuk tahun ni best tak?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.