
Kehidupan berumah tangga ini bukanlah sesuatu yang mudah, banyak pancaroba yang perlu ditempuhi bersama.
Pun begitu, kadangkala individu yang sudah berkahwin ini mempunyai masalah yang sukar untuk diselesaikan sehingga memerlukan pendapat orang luar dan dalam keadaan yang terdesak, individu sebegini biasanya memilih untuk meluahkan permasalahan mereka di media sosial.
Artikel berkaitan: Wanita Kongsi Cerita Dicerai Suami Ketika Umur Anak 4 Bulan, Sebab Keluarga Mentua Tak Suka
Artikel berkaitan: Suami Nak Buat ‘Suprise’ Lepas Balik Kursus, Sekali Nampak Isteri Curang Dengan Pelajar Uni
Satu pengakuan dikongsikan dalam group Facebook Tanya Peguam yang kemudiannya dikongsikan di X memberitahu keadaan rumah tangganya yang agak mengelirukan buat si isteri.
Dalam perkongsian itu, difahamkan si isteri berhenti kerja sebagai seorang arkitek selepas berkahwin atas permintaan si suami.
Wife berhenti kerja arkitek sebab suami suruh. Tapi duit belanja isteri u suruh dia cari sendiri, so isteri sorok2 jual kuih sebab suami cakap malu bini jual kuih
Aku ingat pempuan je complicated, laki pun sama je ek. pic.twitter.com/OdYkyJY3JV
— sayang (@AidaSue) October 24, 2023
Namun, perkara ini bertambah mengelirukan apabila suaminya yang merupakan seorang jurutera itu tidak membenarkan dia mencari jalan lain untuk menambah pendapatan keluarga, malah suaminya juga tidak memberikan wang dan jika dia inginkan keperluan asas seperti sabun serta syampu, mereka akan beli ketika keluar bersama.
“Masa awal perkahwinan, saya gunakan saving untuk bayar semua tu (keperluan asas). Bila simpanan habis, saya jual dessert sorok-sorok dari rumah ketika suami keluar bekerja.
Pada awalnya suami tak izinkan sebab malu dengan kawan-kawan katanya bini penjual kuih tapi bila tau jualan saya ok, baru dia izinkan cuma jangan sampai ke pengetahuan kawan-kawan sepejabatnya,” luahnya.
Isterinya itu berkata pendapatannya tidak tetap, untung bersih hanya 2-4K sebulan dan ia hanya cukup-cukup untuk dihantar ke kampung serta perbelanjaan peribadi.
Lebih mengeruhkan keadaan, suaminya menyuruh dia gunakan pendapatannya itu untuk membayar barangan dapur dan boleh claim setiap hujung bulan.
Malah, perbelanjaan lain seperti yuran sekolah serta duit saku anak juga turut dijaga oleh isterinya, apabila dia meminta untuk perbelanjaan lain, suaminya itu mempersoalkan mengapa dia meniaga kalau masih perlu meminta wang daripadanya.
Di akhir luahan itu, si isteri bertanya ada boleh dia menuntut fasakh dek kerana suaminya itu sudah gagal membayar nafkah.
Ish pening juga ya…
Sumber: X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



![Tular Pelajar MRSM Agih Al-Quran & Minta Doa Agar Berjaya Dari Penumpang KTM [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)