“Apa masalah dia?” – Patahkan ‘Wiper’ Kereta Awam Tanpa Sebab, Warga Asing Ditahan

Entertainment
21 Oct 2024 • 11:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lalu, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang individu melakukan sesuatu yang sangat luar dari jangkaan serta mengundang kemarahan.

Video itu memaparkan seorang lelaki bertindak mematahkan pengelap cermin kereta (wiper) bahagian belakang beberapa kereta yang diparkir di sebuah kawan tempat letak kereta.

@partibantiban

Depan Bus station Batu Pahatviral fypシ fyp fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – ℝ

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @patibantiba itu, kejadian tersebut dieprcayai berlaku di kawasan hadapan Terminal Bas Batu Pahat, Johor pada kira-kira jam 11.10 pagi semalam.

Video berkenaan tular sehingga mendapat lebih 3 juta tontonan serta sampai ke pengetahuan pihak polis.

Dalam sebuah kenyataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengesahkan satu penahanan warga asing telah pun dilakukan susulan insiden tersebut.

image is not available

“Bertindak atas maklumat diperoleh, polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berjaya menahan suspek pada hari sama untuk siasatan lanjut.

Polis turut menemui pisau lipat dalam beg sandang milik suspek semasa tangkapan dilakukan ke atasnya.

Susulan itu, suspek yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, tiga kertas siasatan dibuka membabitkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.