Tular Video Wanita Makan Nasi ‘Lauk’ Bunga Raya Atas Kubur, Netizen Persoal – “Ajaran Puak Mana Ni”

LocalEntertainment
6 Jan 2025 • 2:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selalunya kita dapat lihat keluarga menziarahi ahli keluarga yang sudah meninggal di tanah perkuburan menangis kerana terlalu merindui seseorang yang sudah tiada di atas muka bumi atau sedekahkan doa.

Wanita makan nasi di kawasan perkuburan

Tetapi, baru-baru ini, tular satu video di platform X memaparkan situasi pelik apabila seorang wanita berpurdah yang dipercayai ditemani oleh anak perempuannya makan di kawasan perkuburan.

Wanita terbabit dilihat mencampurkan nasi putih bersama-sama dengan bunga raya yang dipetik di atas kubur.

Nikmat makan di kawasan kubur

Biarpun netizen berasa pelik dengan kejadian tersebut, tetapi wanita itu kelihatan sangat berselera dengan makanan yang dimakan, malah sempat meluahkan rasa syukur kerana nikmatnya makan di kawasan perkuburan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan wanita itu dan berharap perangai sedemikian tidak ‘merebak’ di Malaysia.

image is not available

image is not available 2 months ago

"Filem Ni Sebagai Contoh, Ambil Hikmah" - Netizen Malaysia Dakwa Filem 'Ipar Adalah Maut' Hina Islam, Netizen Indonesia Tak Diam Diri