Apa perlu diketahui tahanan rumah 

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 3:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Apa perlu diketahui tahanan rumah 

PETALING JAYA: Tahanan rumah adalah bentuk pelaksanaan hukuman apabila seseorang banduan menjalani baki hukuman di kediaman yang ditetapkan, tertakluk kepada syarat dan kawalan yang ditentukan pihak berkuasa.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md. Sam berkata, peruntukan Akta Penjara 1995 yang  sememangnya mempunyai peruntukan konsep tahanan rumah atau house arrest.

Yaacob juga memperincikan lebih lanjut tahanan rumah seperti berikut:

 

  1. Asas undang-undang
  • Seksyen 2 Akta Penjara 1995 mentakrifkan penjara sebagai termasuk rumah dan bangunan.
  • Seksyen 3 pula memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mewartakan mana-mana rumah atau bangunan sebagai penjara bagi membolehkan banduan menjalani hukuman.
  • Seksyen 26 memperuntukkan penggunaan Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara bagi mengawal tatacara pengendalian dan pergerakan banduan yang menjalani tahanan rumah.

 

  1. Apakah maksud tahanan rumah?
  • Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tahanan rumah bermaksud seseorang banduan tidak dibenarkan keluar dari kediamannya sepanjang tempoh tahanan dan wajib mematuhi syarat yang ditetapkan.
  • Banduan bagaimanapun boleh melakukan aktiviti di dalam kawasan kediamannya berdasarkan ketetapan yang dikenakan.

 

  1. Perlu diwartakan atau tidak?
  • Mohamed Apandi berpandangan bahawa rumah yang dijadikan tempat tahanan tidak perlu diwartakan dan tidak boleh disamakan dengan penjara. Pandangan ini berbeza daripada penjelasan Yaacob yang merujuk kuasa pewartaan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995.

 

The post Apa perlu diketahui tahanan rumah  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved