“Apa pun, Daddy tetap ayah saya”- Julia Banafe Jelaskan Tentang Isu Pertikaian Hak Jagaan Ibu Bapanya

LocalFamily & Parenting
11 Apr 2026 • 9:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial mengenai isu hak penjagaan anak melibatkan selebriti Betty Banafe dan bekas suaminya apabila lelaki itu didakwa membuat laporan palsu kononnya Betty mendera anak-anak mereka.

Laporan tersebut menyebabkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir ke kediaman Betty bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

Menurut perkongsian Betty di Instagram, dia telah lapan tahun turun naik mahkamah bagi menghadapi 17 kes saman termasuk lima komital yang difailkan oleh bekas suaminya yang kini menetap di Amerika Syarikat.

Dalam video tular semalam, anak perempuannya, Julia, dilihat menyatakan kepada keluarga bapanya yang turut hadir bersama JKM bahawa dia tidak mahu mengikut mereka dan menegaskan keputusan itu adalah haknya.

Terkini, Julia tampil di TikTok bagi menjelaskan situasi sebenar berkaitan isu penjagaan tersebut.

@juliabanafee

I had enough pls daddy i need a wisdom father pls stop.#fyp @bettybanafee

♬ original sound – julia – julia

Artikel Berkaitan: Satu Van Pakar Psikologi Datang ‘Serbu’ Rumah, Betty Banafe Dakwa Bekas Suami Buat Laporan Palsu?

Artikel Berkaitan: “Tiada sebab dikenakan tindakan” – Fazura Tak Langgar Hak Lawatan, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin

Julia menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk bersikap kurang ajar. Dia hanya merasakan penat kerana isu hak jagaan anak ini masih tidak menemui titik noktah meskipun sudah bertahun-tahun.

Menurut Julia, dia hanya mahukan kedamaian dan keharmonian seperti keluarga-keluarga lain.

Alhamdulillah, kerana saya mempunyai seorang ibu yang sangat menyokong saya. Daddy, jika daddy menonton video ini, walau apa pun yang terjadi, Daddy tetap ayah saya,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa Julia tidak bersikap kurang ajar di dalam video tular itu sebaliknya mereka berpendapat Julia hanya mempertahankan haknya.

Sumber: TikTok @juliabanafee

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.