“Apa Salah Ambil Gambar Betul?” – Guna Aplikasi Ai, Poster Merdeka Tunjuk Menara KLCC Jadi Kembar Tiga

LocalEntertainment
9 Aug 2024 • 1:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu poster memaparkan tema sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 oleh Pejabat Polis Daeah Brickfields mencuri tumpuan warga maya gara-gara satu kesilapan ini.

Dalam poster yang dipercayai dihasilkan daripada aplikasi kecerdasan buatan (Artificial Inteligence) itu kelihatan menara berkembar Petronas menjadi kembar tiga.

image is not available

Poster itu juga telah ditayang di Papan Iklan Digital di kawasan Desa Sri Hartamas.

Sekali imbas, poster tersebut seperti tidak mempunyai cacat cela namun telah mengundang rasa sebal dalam kalangan pereka grafik digital setelah ianya tular di media sosial.

Kalau poster pun buat pakai Ai, KLCC ada tiga, pemalas sangat ke amik je gambar google asalkan gambar asli? Dah la poster rasmi dari cawangan PDRM, kamu semua tu badan beruniform rasmi.

Menjengah ke ruangan komen hantaran asal di Facebook, rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang menghasilkan poster rasmi itu.

Perkembangan terkini, pihak IPD Brickfields telah memberi respon mengenai kemarahan warga maya dan mengarahkan agar syarikat pengiklanan menurunkan poster berkenaan.

image is not available

Pihak syarikat pengiklanan juga dilihat membuat permohonan maaf secara rasmi atas kesilapan mereka itu.

image is not available

“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dan akan menilai semula prosedur untuk mengelakkan sebarang masalah yang serupa pada masa akan datang” tulis agensi berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Yang Kecil Macam Rina, Besar Ni Macam Maryam Punya" - Ryzal DurianKimchi Dikecam Buat Lawak 'Double Meaning'