“Apa salahnya kami naik kelas ekonomi?”- Fasha Sandha luah rasa terkilan dipersoal pramugari

EntertainmentLifestyle
3 Apr 2025 • 8:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Fasha Sandha luah rasa kesal dan terkilan dengan tutur kata bernada sindiran daripada seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan pada 30 Mac lalu sempena ulang tahun perkahwinannya.

Luah Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, ada seorang pramugari tegur dia dan keluarga menaiki pesawat kelas ekonomi.

“Dalam perjalanan ke kerusi, ada pramugari berkata Fasha Sandha kelas ekonomi? Terkejut saya dengan anak-anak sebab sepanjang kami melancong tidak pernah ditanya sebegitu.
“Saya terkesima dalam keadaan sedang berpuasa, memang kecewa dan saya ambil gambar pramugari itu untuk buat aduan nanti.
“Apa salahnya kami naik kelas ekonomi? Kita semua sama dan tak perlu luahkan dengan kata-kata pada penumpang,”luahnya dengan nada kesal.

image is not available
image is not availableimage is not available

Fasha Sandha luah rasa terkilan

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini juga akui sudah terbiasa hidup dengan cara bersederhana malah turut mengajar anak-anaknya supaya tidak membazir.

Instagram will load in the frontend.

Pada akhir coretan, Fasha juga berharap agar kejadian seperti ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak dan supaya setiap individu lebih beretika.

Ujarnya, dia sudah pun memaafkan pramugari berkenaan, namun pengalaman yang dialami tidak mungkin akan dilupakan.

Sumber: IG Fasha Sandha