“Apa saya boleh buat?” – Berpendirian ‘Neutral’ Dalam Isu Palestin, Netizen Kecam Raline Shah

Entertainment
2 Nov 2023 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai selebriti dari dalam dan luar negara menunjukkan solidariti terhadap Palestin dengan menggunakan platform media sosial mereka.

Tujuan mereka berbuat demikian supaya adanya tekanan dari media kepada pihak yang berkenaan bagi menghentikan serangan terhadap Palestin.

Terbaru, netizen kini menghentam pelakon dari Indonesia, Raline Shah kerana tidak menujukkan sokongan terhadap mana-mana pihak dan ingin bersifat neutral.

Apa yang membuatkan ramai marah ialah pelakon filem 5CM itu berkata sokongannya menggunakan media sosial tidak akan memberikan apa-apa impak dan tidak akan mempengaruhi apa-apa keputusan yang akan dibuat dalam konflik tersebut.

image is not available

“Apa baiknya saya menunjukkan pihak mana yang saya bela? Akan ada lebih banyak kebencian. Kamu fikir wanita seperti saya dapat membantu dengan hanya memuat naik hantaran Instagram?

Dengan menyatakan siapa yang saya bela? Saya memihak kepada manusia,” tulisnya.

Netizen berang dengan jawapannya itu kerana di Instagram miliknya sahaja, dia mempunyai 10 juta pengikut.

“Kenapa dia macam ni?”

Kenyataannya itu membuatkan ramai peminatnya hilang hormat terhadap dirinya kerana sebelum ini dia sering dilihat sebagai wanita yang bijak dan berpendidikan.

image is not available

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.