Aplikasi AI Generatif Microsoft Designer Kini Di Android dan iOS

TechnologyDigital
18 Jul 2024 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kecerdasan buatan (AI) generatif Microsoft Designer yang menjana imej dengan hanya memasukkan prom kini boleh dimuat turun pada telefon pintar Android dan iOS. Sebelum ini aplikasi hanya diberikan sebagai ujian beta sahaja.

image is not available

Aplikasi memberikan beberapa gaya imej yang boleh dijana seperti gambar, media sosial, avatar, pelekat, imej latar belakang dan monogram. Seperti Designer versi laman web, versi aplikasi juga memerlukan penggunaan akaun Microsoft. Terdapat kredit bulanan yang digunakan untuk menjana imej yang diinginkan oleh pengguna.

Selain menjadi imej, terdapat juga kemampuan menyunting gambar seperti membuang atau mengaburkan objek latar belakang. Pengguna juga diberikan pilihan menjana imej dalam nisbah segi empat sama atau segi empat tepat. Anda boleh memuat turut Microsoft Designer hari ini menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved