Aplikasi Claude Kini Tiba Ke Android – Harga Langganan Kekal Sama RM99.90 Sebulan

TechnologyDigital
18 Jul 2024 • 3:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Claude iaitu pesaing ChatGPT kini akhirnya tiba ke Android selepas dua bulan aplikasi iOS diperkenalkan. Model terkini mereka adalah Claude Sonnet 3.5 yang percuma digunakan oleh semua orang walaupun tidak melanggan. Untuk memuat turun aplikasi mereka, ia tersedia di Google Play Store.

image is not available

Seperti iOS, Claude Pro pada Android juga mengenakan pengguna RM99.90 sebulan untuk akses ciri premium dan masa respons yang lebih pantas. Pengguna percuma akan menggunakan model Claude 3 Sonnet, sementara pelanggan Pro boleh menggunakan model Claude 3 Opus. Aplikasi pada Android walau bagaimanapun tidak menyokong langganan Team yang berharga sekitar RM143 sebulan untuk seorang (minima 5).

image is not available

Claude berbeza dengan ChatGPT kerana ia tidak boleh mencari maklumat di Internet secara masa nyata walaupun penggunaan memerlukan akses Internet. Dalam cubaan saya, ia hanya menyokong data-data yang berlaku dari April 2024 ke bawah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved