
Aplikasi penstriman video Bilibili versi global kini dilancarkan pada peranti Android hari ini dengan versi iOS akan ditawarkan pula selepas ini. Dengan pelancarannya hari ini, Bilibili seperti ini memberikan persaingan kepada YouTube untuk video panjang seperti mana TikTok mendominasi penstriman video pendek.

Dalam pengumuman yang dilakukan pagi ini, Bilibili mengatakan video yang dimuat naik ke platform akan dapat ditonton di peringkat global, mempunyai pilihan untuk melihat video daripada penghasil kandungan tempatan dan proses mendaftar akaun yang mudah tanpa perlu mengesahkan identiti terlebih dahulu.
Di Malaysia Bilibili sudah boleh diakses menerusi pelayar web, Android dan iOS sejak 2022. Ia boleh digunakan secara percuma atau menerusi langganan Premium di RM10.90 sebulan, RM32.50 semusim atau RM84.90 setahun.



