Googlebook Akan Dilancarkan Pada 15 September

TechnologyDigital
20 Aug 2026 • 10:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Komputer riba Google Googlebook akan secara rasmi dilancarkan pada 15 September depan di New York. Ini ialah komputer riba generasi baharu yang menggunakan sistem operasi Aluminium OS yang menggabungkan Chrome OS dan Android seperti yang diumumkan di Google I/O pada Mei lalu. Googlebook akan dikeluarkan oleh ASUS, Acer, Dell, Lenovo dan HP.

Image from: Googlebook Akan Dilancarkan Pada 15 September

Tiada maklumat mengenai spesifikasi dikongsi tetapi ia Googlebook disahkan mempunyai ciri baharu Magic Pointer. Apabila anak panah “pointer” digoyangkan, ia akan melancarkan ciri seakan Circle to Search. Pengguna Googlebook boleh melakukan carian untuk gambar terpampang pada skrin atau menjana imej kesemuanya menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI) Gemini.

Image from: Googlebook Akan Dilancarkan Pada 15 September

Pengguna juga boleh menyuruh Gemini mencipta widget khusus untuk keperluan tertentu. Aplikasi Android pada telefon boleh dibuka terus pada Googlebook tanpa ia perlu dipasang terlebih dahulu menggunakan ciri Google Cast.

Pada bahagian penutup diletakkan palang lampu bercahaya yang memberikan indikator pemilik Googlebook masih boleh menyeru Gemini tanpa perlu membuka penutup terlebih dahulu.

Sumber – Chromeunboxed

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved